CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 3, 2009

chicken pox

ari tu dila dah dapat MC 2 minggu sbb kena penyakit chicken pox ni...

kitaorg satu rmh suh dia balik kedah...hehehe....

xpe dila,balik rehat...2 minggu MC + 1 minggu cuti midterm = 3 minggu hg cuti...hehehe....

tetibe aku balik je dari midterm break ni,aku dapat tahu mimi pulak kena campak...terkezut2....x bagi tau aku pun..huhuhu...cian mimi...dah la mggu ni ade 2 test + dgn fyp lagi...mmg ngah bnyk keje skrg....tp xpe,bnyak2 kan rehat ye mimi....semoga kamu cepat sembuh.....

Ni ade ckit fakta dan petua untuk kamu ikuti :

DEMAM CAMPAK

Vitamin A memainkan peranan penting untuk mengekalkan membran mukus yang sihat dan juga kulit yang sihat. Oleh yang demikian, orang yang mengalami demam campak digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A. Hati adalah satu sumber (kecuali untuk wanita hamil) sementara karoten A yang akan ditukar ke vitamin A oleh badan, banyak dijumpai di dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan buah oren. Jika terdapat demam, minumlah air dengan banyak. Jus buah-buahan sitrus adalah bagus kerana ia membekalkan vitamin C yang diperlukan oleh badan terutamanya pada kulit untuk membantu mencegah jangkitan. Untuk meningkatkan lagi tahap keimunan badan, makanan seperti buah-buahan kering, bebenih dan kekacang amat digalakkan.

Walaupun cadangan diet di atas tidak dapat merawat demam campak, ia masih mampu untuk menolong mempercepatkan proses penyembuhan.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  • hati untuk vitamin A

  • sayur-sayuran hijau dan lobak untuk karoten B

  • jus buah-buahan sitrus

  • buah-buahan segar dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin C

  • buah-buahan kering, kekacang dan bebenih untuk tenaga

Buah-buahan sitrus Buah-buahan kering dan kekacang

Penyakit yang Gatal

Penyakit ini banyak dijumpai pada kanak-kanak. Ia dapat disebarkan melalui batuk, bersin dan bendalir yang terdapat dalam tompok-tompok gelembung lecur. Simptom demam campak muncul dalam masa 10 hingga 21 hari semasa jangkitan. Simptom-simptomnya termasuklah demam, ruam gatal, letih dan sakit kepala. Demam campak menjadi semakin serius dalam kalangan orang dewasa kerana mereka lebih cenderung untuk mendapat pneumonia dan komplikasi-komplikasi lain.

Demam campak adalah sejenis jangkitan sebelum tompok-tompok muncul hingga 7 hari selepas tompok terakhir muncul. Elakkan daripada menggaru tompok tersebut untuk mengelakkan diri daripada memperoleh kesan atau parut pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kuku jari anak-anak haruslah dipotong pendek sepanjang tempoh jangkitan. Losyen dan mandian air panas boleh membantu mengurangkan kegatalan yang tidak menyelesakan.

Sebaik sahaja kanak-kanak mendapat jangkitan ini, mereka akan diimunkan seumur hidup. Bagaimanapun, virusnya akan hidup secara dorman dalam sistem saraf dan boleh menyebabkan 'shingles' apabila diaktivsikan lagi. Kita tidak mungkin dijangkiti oleh seseorang yang mendapat demam campak, tetapi kita boleh dijangkiti melalui seseorang yang 'shingles'.

3 comments:

inie-chan said...

ehek..mereka kene kiss ngn ayam..huhuhu

DandeLionLand said...

ha'ah...ayam gigit kiteorg..
dasyhat giler die gigit..
sampai da parut..

shikin said...

hehe...
sume org pernah kena gigit ngan ayam ni...
best tak wei kena cium ngan ayam...?
hohohoho...